salam sahabat aku ucapkan kepada semua pembaca blog skuter ceria, walaupun mengikut pemerhatian aku budaya memblog dan membaca blog orang nih semakin kusam, budak nih pun dah banyak matikan posting dalam blog masing masing, jadi hari ini aku nak membawa arus baru dalam blog skuter ceria, keluar sikit dari norma style blogging yang ada kat utp nih, aku nak buat blog nih macam berisi dan berilmu sikit, ilmu dan pengetahuan yang aku nak bawak dalam blog nih tak akan ilmu yang susah dan pening2, cukup sekadar pengetahuan am jek. cukup sekadar tahu je la ,jagan lak kau semua nak hafal pulak.
semua budak mesti tahu apa benda gitar tuh, macam mana bentuknya dan macam mana bunyi nya tapi tak ramai yang berminat nak tahu asal usul menatang kayu ni kan, walaupun keperluan mengetahui asal usul gitar nih tak lah wajib untuk pencinta gitar namun ia sekadar menambah ilmu dalam kepala para pembaca.
gitar ni terbahagi kepada dua jenis-gitar kelasik dan gitar moden, gitar kelasik yang pertama sekali di temui dan dipercayai meluas penggunaan nya adalah di sepanyol pada era andalusia dulu dalm 4000 tahun dulu, kiranya gitar nih ada kaitan ngan indo-eropah iaitu eropah dan india, yelah kalau kita tengok sita yang melambak kat india tu kan adik beradik ngan gitar kan dari segi tali lubang dan cuma terdapat perbezaan dari segi panjang leher gitar dan teknik pemainannya.
selapas itu aku akan ceritakan mana datangnya istilah gitar yang selalu terpacul dari mulut kita sejak kita lahir lagi, sebenarnya gitar bukanlah bahasa melayu ia hanyalah pinjaman daripada bahasa omputeh macam intrepetasi, informasi dan macam macam lagi.Evolusi dalam istilah gitar adalah bermula daripada istilah parsi purba iaitu sihter kemudian ia dipinjam oleh orang yunani dengan menamakannya kithara dan selepas itu latin pula meminjam dari yunani dengan memberi nama cithara dan kemudian masyarakat arab andalusia yang berasla dari bani abbasiyah yang menakluk sepanyol pula memberi nama kepada menatang ini dengan nama qitara, dan selepas kekalahan islam masyarakat sepanyol meminjam qitara dan mengubahnya kepada guitarra dan akhir sekali orang putih di benua amerika utara mengekal dan menetapkan namnya sebagai guitar seperti apa yang di guna pakai pada hari ini.gitar moden ini berasal daripada cithara rom yang di bawa masuk oleh orang rom ke hispana pada tahun 40 AD dan seterusnya ialah pada tahun 12200 AD pula gitar cithara rom nih di pecah kepada dua kategori iaitu moorish guitar iaitu gitar yang berlainan dri segi bentuknya dengan gitar sekarang, gitar moorish ni mempunyai belakang atau badan gitar yang bulat dan mempunyai banyak lubang lubang bunyi. kategori kedua gitar pada abad ni pula ialah gitar latin, rupa bentuk gitar ni macam gitar moden sekarang ,gitar nih ada satu lubang bunyi dan ada leher gitar yang lebih sempit. dan kemudian di sepanyol pula terdapat satu lagi alat yang juga dipercayai mencetus evolusi kepada gitar sekarang, alat musik tu ialah vihuela ataupun dalam sebutan budak sepanyol viola da mano. vihuela nih mempunyai ciri yang sama dengan lute,mempunyai teknik tuning yang sama dengan lute ,namun kepopulariti vihuela ini hanyalah seketika sahaja di persada sepanyol. Seterusnya vihuela ini juga dipercayai adalah hasilan daripada lute arab dan lute eropah atau sepanyol.selepas itu satu usaha pembentukan semula vihuela telah di lakukan untuk membezakan antara lute eropah dan lute moorish, jadik lepas tuh vihuela telah berubah bentuknya.
ok sudah cerita passl tuh aku nk cerita pasal sebuah keluarga di itali, keluarga vinaccia,keluarga nih telah membangunkan mandolin, berkat reka bentuk baru vihuela.mandolin mempunyai 6 tali dan dipercayai berbentuk gitar dan mandolin juga merupakan gitar 6 tali paling tua di dunia. Dan untk menguatkan lagi teori yang mengatakan keluarga venaccia ini telah membangunkan mandolin ialah terdapat tandatangan gaetana vaneccia pada gitar atau mandolin yang dihasilkan di naples italy pada tahun 1779 masihi. kemudian perjuanagn penyebaran gitar telah di sambung oleh antonio torres juardo seorang insan yang bekerja di seville. Kemudian Torres dan Louis Panormo di london pula telah menyambung perjuangan antonio sehingga lah gitar telah menjadi satu alat muzik yang tersohor di melata bumi. sekian semua di harap semua dapat paham mana asal usul gitar ni.(hensemboncet)
Friday, April 17, 2009
asal usul nama gitar
dirangka dan direka oleh hensemboncet pkul bpe ek: 9:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 dah kata2 korang:
Post a Comment