
malam nih memng dah larut dan esok aku kelas agak lewat , so dengan bangganya aku cuba untuk kembali mengasah skill menulis aku yang dah lama aku tak pakai sebab selama ni kan blogger tak boleh nak on. Ok aku mulai sekarang akan tengok mood kalu nak menulis , mulai sekarang aku akan menulis dengan dua cara(maybe) satu dengan cara penceritaan tidak formal-macam ni- dan mungkin satu lagi dengan nada yang lebih serius dan menggunakan gerakan dan aturan ayat yang lebih mengikut garis garis bahasa melayu.
Kalau kita semua sebut pasal liverpool automatik la kita semua akan menjurus tegak ke arah sukan bola sepak, ya itu memang benar , kehandalan liverpool dalam arena dan pensejarahan bola sepak memang agung dan mereka merupakan gergasi dalam gelanggang boa sepak inggeris. Namun malam nih aku cuba nak bawak kau orang semua mendaki akal untuk mengetahui sebalik kota liverpool ni.
kisah ini aku dapat dari aku punya pembacaan dalam google search dan dari blogger idealis anak muda yang banyak di nusantara ni.
Kisah nya bermula atau berkait lebih kurang dalam 20 tahun sebelum 2009 nih, kesah itu di namakan hillsbrough dimana pada kejadian itu 96 orang awam liverpool telah terbunuh dan dilanyak. maka akhbar the sun di united kingdom telah melaporkan berita palsu dan busuk ke atas kejadian tersebut. Anatara isi kandungan laporan itu terang terang mengutuk dan mengeji bangsa liverpool, the sun melaporkan bahawa penyokong liverpool telah memukul polis, telah mengencing polis, meletup dan memusnahkan semua harta benda polis, padahal sekalian umat liverpool mengetahui berita sebenar dan ia adalah sebalik laporan tersebut.
Namun adakah umat liverpool bodoh bangsat jek dengan the sun?mesti lah tak, apa yang mereka buat ialah , seluruh penduduk liverpool masa tuh, x kira tua 80 lebih dan budak darjah tiga yang tengah ambik pts time tuh pun turun berkumpul di jalan, mereka berpiket sambil mengumpul seberapa banyak helaian naskah akhbar the sun dan membakar akhbar tersebut, hasil dari pembakaran itu telah mewujudkan api yang sangat marak, semarak amarah mereka pada akhbar the sun.dan mulai hari tersebut hingga kini anda tak akan dapat melihat kelibat akhbar the sun di sekitar kota liverpool, mereka memboikot sehabis habisan akhbar tersebut, mereka memboikot dan marahkan laporan yang fasicts dan palsu.
jika esok atau minggu depan kau semua pegi liverpool, jangan harap la kau nk jumpa akhbar the sun, tak kira la dari gerai mamak sebelah stesen ketapi, kedai tujuh sebelas kat sane, dekat kertas surat khabar bungkus nasik lemak kat sane pun x kan kau jumpa sehelai pun the sun, lihat usaha pemboikotan mereka, menerus dan menyeluruh. mereka memboikot kerana menegakkan keadilan dan anti fasis dan rasis.
kalau aku dan semua orang kat tanah semenanjung nih pagi pagi g kedai beli surat khabar, lagi lagi kalau time tuh ade prk atau umno sedang bersidang, mesti kalau kau selak sekeping sekeping utusan ke, berita hairan ke, ko pasti akan jumpa artikle fasis dan rasis, kononnya ketuanan melayu dan macam macam berita palsu, berita berita yang mengadu domba antara melayu dan cina, mereka tak putus putus mengatur dan merencanakan berita yang memang terang terang rasis.
mungkin ramai diantara korang yang cakap aku nih pro pakatan, anti umno lah, tak sebenarnya, aku anarki, aku tak memihak sesiapa , aku akan menentang segala kezaliman dan rasisma, aku memng anti ngan golongan yang bersifat perkauman, padahal asal dan fitrah semua manusia kat bumi semua sama , cuma proses kemelayuan, proses kecinaan dan proses kekadazanan itu yang buat kita lain dari segi penampilan dan warna kulit, padahal deep inside kita semua sama, melayu sedih,cina pun sedih, kita semua ada harapan, kita semua ada mimpi, kita semua sama, itu pasal aku nampak macam pro pakatan sebab dalam pandangan aku umno terlalu rasis dengan melayunya dan aku x lihat keluar dari mulut orang pr yang berbaur rasis, tu pasal aku setuju ngan pr. Tapi x bermakna semua yang pr buat tuh semua betul, pr jugak bersuara menentang rasuah, tapi hakikatnya dalam pr juga ada yang rasuah.
jadik aku nak menyeru kepada semua yang membaca post nih untuk bangun dan menentang berita berita palsu dan rasis yang bertebaran luas kat malaya nih, ajaran dan pemikiran rasis nih menyempitkan fikiran rakyat semua dan pasti menjatuhkan ketamadunan nusantara. jadik kalau lepas nih kau terbaca berita palsu, berita fasis jangan la kau duduk diam, bertindak lah bijak seperti warga liverpool, dari kirkdale hingga walton, dari croxleth hingga ke anfield, xkan ada sekeping the sun pun, kerna apa, kerana mereka antikan rasis dan pemalsuan berita....
Friday, April 17, 2009
ini kesah liverpool
dirangka dan direka oleh hensemboncet pkul bpe ek: 2:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 dah kata2 korang:
Post a Comment